This is Pantai Timur

11:51



This is Pantai Timur


    Setiap tahun pada bulan ramadan menjadi satu rutin bagi Inkdye untuk menyertai bazar-bazar yang diadakan di sekitar kuantan. Pada tahun 2014 Bazar Ramadan di Kuantan diadakan di kawasan parking Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang. Persiapan dari segi design dan cetakan tshirt biasanya dibuat sebulan lebih awal.

Tshirt

    Tshirt warna Hitam dari jenama Foursquare digunakan pada design ini.

Design

   Warna kelabu digunakan agar kontra warna cetakan tidak terlalu menonjol apabila dipadankan dengan baju warna hitam. Ianya juga merupakan warna asal pada versi rumi sebelum ini.

This is Pantai Timur


Trend

   Design This is Pantai Timur yang pada asalnya dibuat dalam tulisan rumi ditukar kepada tulisan jawi memandangkan pada tahun tersebut design-design dalam tulisan jawi menjadi satu trend bagi pemburu-pemburu tshirt rekaan anak tempatan. Salah satu sebabnya adalah peristiwa rusuhan di Mesir yang di pelopori oleh Kumpulan Al-Qassam.

This is Pantai Timur


Cetak Rompak

   Apabila di ingat kembali pada Bazar Ramadan 2013. Design versi rumi This is Pantai Timur menjadi jualan terlaris di booth Inkdye. Hampir 1000pcs dapat dijual pada masa itu. Jualan tshirt tersebut diteruskan selepas hari raya dengan jualan borong kepada peniaga-peniaga pasar malam sekitar Kuantan sehinggalah ianya di plagiat oleh pemborong lain. Info dari peniaga sebanyak 2000pcs dicetak oleh pemborong lain.

This is Pantai Timur


   Isu Cetak Rompak merupakan perkara yang sukar dibendung dan untuk melangkah terus kehadapan, kami terpaksa melupakan apa yang terjadi dengan merancang yang lebih baik pada masa hadapan.

This is Pantai Timur

You Might Also Like

Print Studio

Art Studio

CO - Branding