Our Journey





2008-2016
Past, Present & Future

2008

   InkDye bermula pada penghujung tahun 2008 dalam jualan produk berasaskan aksesori dan pakaian melalui pasar-pasar malam sekitar Johor dan Negeri Sembilan.

2010

   Dua tahun menimba pengalaman dan awal 2010 mula mengorak langkah untuk kearah pasaran yang lebih luas melalui ekspo-ekspo sekitar Johor, Pahang dan Terengganu.

2012

   Awal tahun 2012 InkDye mula mempelajari teknik asas cetakan silkscreen dan menghasilkan sendiri produk jualan hasil cetakan sendiri melalui ekspo yang di sertai.

   Minat dalam bidang cetakan silkscreen, bermula dengan 6 platen sehingga 60 platen pada pertengahan 2013, mula menyewa sebuah lot kedai tingkat satu untuk menampung ruang kerja yang lebih selesa dan teratur.

2016

   Selepas 4 tahun bergiat dalam bidang cetakan silkscreen dan juga tahun ke-3 kami beroperasi di Studio Printing di Medan Warisan. Kuantan. Pelbagai pengalaman yang kami lalui dalam memenuhi kehendak tempahan pelanggan yang datang dari pelbagai sektor samada korporat atau sektor awam.

   Pengalaman ini membantu kami dalam membimbing keputusan pelanggan yang rata-ratanya hanya mengenali satu jenis cetakan dan tidak mengutamakan hasil kualiti dari segi cetakan dan juga design yang bakal dicetak diatas produk mereka.

Masa Hadapan

   Bekerjasama dengan lebih ramai pihak selain turut meningkatkan kemahiran dalam Screen Printing disamping memiliki peralatan serta kelengkapan yang berkeupayaan lebih tepat dan tinggi sentiasa menjadi impian InkDye.

   Ianya dapat membantu dalam peningkatan tahap perkhidmatan yang diberikan untuk pelanggan dan kami akan sedia membantu serta mengajak anda dalam meningkatkan Aesthetic Value dalam setiap produk yang dihasilkan bagi mewakili jenama kompeni/syarikat ataupun kumpulan/kelab/persatuan selaras dengan prinsip InkDye untuk sentiasa belajar sesuatu yang baru agar terus melangkah maju kehadapan dari masa ke semasa.

Print Studio

Art Studio

CO - Branding