Print Studio

Inkdye Print Studio


Work Order
Print,Kualiti,S.O.P,Harga

Print & Studio

   Inkdye Print Studio adalah tempat dimana kerja-kerja printing dilaksanakan. Bermula dari hanya menggunakan platen yang dibuat menggunakan papan plywood beralaskan lantai diruang tamu rumah.

   Kami meningkat dari hari ke-hari, tahun ke-tahun dengan mula menggunakan meja yang mempunyai 8 platen, 12 platen, 24 platen, dan seterusnya 60 platen, yang berada di Studio Printing kami hari ini.

   Keinginan meningkat dari suatu tahap ketahap yang lain sentiasa menjadi DNA dalam InkDye. Namun setiap pelaburan sentiasa dibuat dengan teliti agar ianya sesuai dengan tahap kemahiran yang kami ada dari tahun ke-tahun. Inshaa-Allah dengan berkat, usaha dan tawakal sesuatu impian itu akan menjadi sebuah realiti.

Kebersihan & Kualiti

    Dalam melakukan kerja-kerja printing faktor kebersihan tempat kerja sentiasa dititikberatkan. Malah ianya menjadi naluri dalam diri kami pada hari ini.

   Waktu permulaan ianya agak mustahil utuk mengekalkan tempat kerja yang bersih dengan pelbagai peralatan serta material seperti ink, pigment, gam, lebihan benang baju dan bahan-bahan terbuang yang lain yang sentiasa ada pada tempat printing.

   Namun dengan disipilin yang diterapkan dari hari ke-hari ianya menjadi suatu kepuasan bagi diri kami apabila melakukan kerja dalam suasana yang bersih dan secara tak langsung memudahkan kami agar memastikan hasil printing yang berkualiti.

S.O.P & Cara Kerja

   Untuk memastikan setiap kerja dilakukan dengan susunan yang betul, kami menetapkan beberapa S.O.P yang perlu dipatuhi.

   Setiap peringkat disipilin dalam kerja-kerja printing terutamanya dengan kaedah screenprinting seperti mengukur lokasi artwork, masa expose, cara washout stencil, penyediaan stencil sebelum printing, cara masukkan tshirt dalam platen, susunan warna printing sehinggalah kerja-kerja akhir dilakukan.

   Ianya dibuat dengan teratur dan diperiksa agar masalah troubleshooting dalam suatu proses kerja dapat dikurangkan dan masa yang diperlukan dapat dipatuhi dengan tetap serta teratur.

Tempahan & Harga

    Harga bagi setiap tempahan berbeza mengikut kuantiti, jenis printing, jumlah warna, lokasi printing serta material atau jenis tshirt yang diperlukan. Adalah dinasihatkan agar pelanggan yang ingin membuat tempahan terutamanya pada kali pertama agar menyediakan terlebih dahulu berapa bajet yang anda boleh keluarkan bagi suatu tempahan.

   Ianya memudahkan kami untuk memberi pandangan dan cadangan mengenai berapa warna yang boleh diprint berapa lokasi, jenis ink, jenis printing dan juga jenis material tshirt yang pelanggan akan terima. Untuk penerangan lebih lanjut mengenai harga printing sila hubungi kami melalui :-

Print Studio

Art Studio

CO - Branding