Our Rules





MASA

   Untuk siapkan tempahan adalah 10 hari selepas tarikh bayaran dibuat, size tshirt diberikan dan pengesahan 'Artwork' dibuat oleh anda. Sekiranya tempahan perlu disiapkan dalam masa kurang dari 10 hari, caj tambahan bagi setiap helai akan dikenakan mengikut tempoh yang diminta oleh anda.

   Masa minima untuk kami siapkan tempahan adalah 3 hari. Namun kami boleh juga siapkan tempahan anda dalam masa 24jam sekiranya diperlukan dengan syarat tshirt disediakan oleh anda sendiri dan akan dikenakan caj tambahan mengikut tempoh 24 Jam.


MINIMA

Tempahan untuk Apparel seperti berikut:

Screen Printing - 10 pcs
Embroidery - 30 pcs
Print on Custom Tshirt - 50 pcs


BAYARAN

   Penuh mesti dibuat sebelum tempahan anda diproses. Deposit 70% hanya diterima sekiranya tempahan melebihi 100pcs dan 50% untuk tempahan melebihi 300pcs.


ARTWORK

   Wajib diberikan dalam Raster Image size 300 DP atau pun dalam bentuk Vector. Size ukuran Artwork sekurang-kurangnya sama dengan size Artwork sebenar.

   Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kualiti hasil cetakan terjejas akibat dari ciri-ciri Artwork yang diberikan tidak mengikut keperluan kami. Kami akan cuba edit atau re-design balik Artwork anda tetapi hasilnya tidak akan sama 100% dengan Design sebenar.

   Sekiranya anda ingin hasil printing yang lebih berkualiti dengan format Artwork yang betul, caj RM150 akan dikenakan untuk kos edit atau re-design Artwork tersebut. Kami akan memberikan satu atau lebih Artwork yang telah di edit di re-design semula.

   Pengesahan daripada anda diperlukan dan sekiranya sebarang pembaharuan perlu dibuat, kami akan lakukan hanya sebanyak 3 kali permbaharuan. Jika lebih dari 3 kali, caj tambahan akan dikenakan mengikut tempoh masa dan detail suatu Design.

   Kami mengutamakan hasil printing yang bersih dan berkualiti demi mengekalkan tahap kerja kami dan juga demi kepuasan pelanggan kami. Namun sekiranya anda tidak bersetuju dikenakan caj tambahan untuk edit Artwork anda, kami akan print mengikut Artwork asal yang diberikan oleh anda atau terpaksa tidak menerima tempahan anda sekiranya Artwork yang diberikan adalah mustahil untuk kami lakukan kerja-kerja printing yang seterusnya.


REBAT CAJ DESIGN RM150

   Akan diberikan sekiranya anda meneruskan untuk membuat tempahan dengan kami setelah Artwork yang di edit atau di re-design mendapat pengesahan dari anda. Seterusnya anda hanya perlu menyelesaikan baki bayaran keseluruhan jumlah harga tempahan setelah ditolak dengan kos design RM150 tersebut.


ART APPROVAL

   Dalam bentuk Mockup Digital akan diberikan melalui email atau Whatsapp. Anda wajib periksa semula ejaan, warna, size dan lokasi Artwork.

   Tempoh 24jam diperlukan sekiranya ada perubahan terhadap Artwork dan kemungkinan Caj akan dikenakan sekiranya perubahan yang drastik diperlukan. Masa tempahan akan dilanjutkan sekiranya perubahan dibuat dalam tempoh printing berjalan.


SIZE

   Ukuran bagi setiap jenis dan size tshirt adalah berbeza mengikut jenama tshirt tersebut. Size design yang tidak sesuai dengan size tshirt selalunya akan menjejaskan hasil kualiti printing terutamanya pada kesan jahitan antara lengan dan body tshirt.

   Seperti contoh size artwork berukuran A4 akan kelihatan lebih kecil jika diprint atas tshirt size 3XL berbanding tshirt size S. Kebanyakkan pelanggan akan menerima keadaan ini kerana kuantiti tempahan untuk size lebih besar adalah sedikit berbanding size yang biasa seperti size m.

   Namun sekiranya anda mahukan size ukuran Artwork tersebut diubah menjadi lebih besar untuk disesuaikan dengan size tshirt yang besar dan juga ingin mengekalkan size ukuran Artwork yang asal untuk size tshirt yang biasa. Kami akan sediakan dua set block untuk kes seperti ini namun caj tambahan akan dikenakan kerana kos penghasilan block dan tempoh masa kerja yang lebih lama diperlukan.

   Terdapat juga kes-kes tertentu seperti tempahan yang melibatkan size untuk baju budak. Kes seperti ini biasanya kami akan berikan diskaun dari segi kos tambahan kerja dan tambahan block.

*Contoh: Artwork yang sama diperlukan untuk printing 20pcs tshirt size budak dan 50pcs tshirt size dewasa. 2 Caj printing akan dikenakan mengikut kadar harga untuk 20pcs dan lagi satu mengikut harga 50pcs. Caj printing bukan lagi mengikut kadar 70pcs. Diskaun harga caj printing akan diberikan dalam keadaan begini.


BLOCK

   Silkscreen kebiasaanya kami akan masukkan caj pembuatannya didalam harga tempahan yang telah dikira dan diberikan kepada anda. Kami tidak menjual block yang telah dibuat dan kos yang dikenakan hanyalah melibatkan kos pembuatan stencil seperti prep, coating, expose, washout sehinggalah proses reclaim block tersebut.

   Kami juga sedia maklum ada printer yang kenakan caj terhadap block dan memaklumkan caj mereka kepada pelanggan. Kami hormati cara kerja dan perkiraan harga mereka kerana setiap printer mempunyai cara kerja dan identiti serta konsep sendiri yang membuatkan printer tersebut kekal beridiri dan beroperasi sehingga hari ini.


STOK

   Tshirt terutamanya size atau warna selalunya mencukupi kerana kami selalu berhubung dengan supplier tshirt pada setiap awal minggu.

   Namun pada keadaan tertentu, stok tshirt akan kehabisan terutamanya pada hari-hari khas seperti perjumpaan persatuan yang besar contohnya hari Pilihan Raya diadakan. Tshirt yang jarang ditempah seperti warna yang unik ataupun jenis khas seperti tshirt tanpa lengan atau tshirt Ladies Cut juga selalu menghadapi kehabisan stok.

   Sekiranya keadaan ini berlaku, kami akan menawarkan tshirt yang berlainan dan kami akan lanjutkan tempoh tempahan sekiranya perlu. Pemulangan refund juga akan dibuat sekiranya tempahan tidak dapat diteruskan berdasarkan kes atau keadaan seperti ini.


ZIP / SEAM

   Atau kesan jahitan sering memberi cabaran untuk di print. Sekiranya printing perlu juga dilakukan pada bahagian ini, kami tidak dapat berjanji hasil printing 100% sama seperti yang anda mahukan. Kami menggalakkan hanya 1 warna printing yang terlibat untuk bahagian seperti ini


CANCEL ORDER

   Atas sebab-sebab tertentu oleh anda terutamanya setelah tshirt dibeli akan mengakibatkan kami menanggung kos untuk tshirt tersebut. Pemulangan wang akan diberikan setelah ditolak dengan harga bagi kos pembelian tshirt (harga tshirt + kos penghantaran).

   Kos-kos lain juga akan ditolak sekiranya proses printing telah dijalankan seperti edit design , persiapan blok atau film dan lain-lain proses yang telah terlibat.


URGENT JOB!

   Selalunya akan diutamakan setelah bayaran caj tambahan telah dibuat. Kami akan cuba membuat yang terbaik namun kami tidak dapat mengelak sebarang kemungkinan yang boleh melewatkan proses printing dibuat atau penghasilan kualiti printing tersebut tidak 100% mengikut kehendak anda. Persefahaman dan rundingan antara anda dan kami amat diharapkan sekiranya kejadian yang tidak diingini ini berlaku.


CAJ PENGHANTARAN

    Adalah mengikut caj yang dikenakan oleh syarikat penghantar dan ditambah dengan kos kerja kami bagi proses penghantaran ini.

   Contohnya penghantaran yang melibatkan kuantiti yang banyak seperti 1000pcs keatas, kami akan menggunakan tenaga tambahan untuk melicinkan proses kerja dan ianya akan melibatkan kos tambahan diluar daripada kos printing.

   Kebiasaanyaa kami akan menggunakan syarikat penghantar daripada GDEX,  Pos Laju ataupun ABX Express. Makluman lebih awal sekiranya anda mahu menggunakan khidmat dari syarikat penghantar yang lain.


TEMPOH PENGHANTARAN

   Adalah mengikut tempoh yang ditetapkan oleh syarikat penghantar. Kebiasaanya tempoh penghantaran adalah 1-3 hari waktu bekerja. Tempoh maksima 1 minggu untuk kawasan sekitar semenanjung dan 1 - 2 minggu bagi kawasan sekitar sabah dan sarawak.

   Sekiranya penghantaran lewat dari tempoh biasa, kami akan menghubungi syarikat penghantar untuk mengesan masalah yang berlaku. No Tracking akan diberikan selepas barang anda diserahkan kepada syarikat penghantar. Anda wajib monitor pergerakan barang anda menggunakan No Tracking tersebut melalui laman webs yang disediakan oleh syarikat penghantar dan menghubungi kami sekiranya terdapat kelewatan dari segi penghantaran.


HARI CUTI

   Merupakan hari untuk kami melakukan aktiviti lain seperti beriadah atau meluangkan masa bersama keluarga. Sebarang pertanyaan mengenai tempahan pada hari ini selalunya akan dibalas pada hari bekerja berikutnya dan jarang-jarang dibalas pada hari kami cuti kecuali keadaan betul-betul penting.

Hari cuti InkDye :-

- Sabtu dan Ahad setiap minggu.
- Hari Perayaan.
- 2 Minggu selepas Hari Raya Pertama.
- Hari cuti umum.


REJECT

   Atau miss align kadang-kadang akan berlaku juga terutamanya melibatkan tempahan dalam kuantiti yang banyak dan masa yang singkat. Namun sepanjang kami dalam perniagaan ini, tshirt selalunya akan diganti dengan yang lain. Sekiranya tshirt tidak dapat diganti, kami akan kurangkan harga untuk caj printing tersebut. 


HARGA

   Adalah berdasarkan apa yang telah ditetapkan didalam senarai harga. InkDye Tshirt mempunyai hak untuk mengubah harga yang telah ditetapkan.

*Contoh: Ali lihat pada hari isnin di website kami ataupun menghubungi kami bahawa caj printing 1 warna 30pcs adalah RM30/pcs. Keesokannya pada hari Selasa kami mengubah senarai harga disebabkan kadar kenaikan harga tshirt atau material lain. Kemudian pada hari Rabu, Ali ingin membuat tempahan dan dia tidak akan mendapat harga yang sama seperti yang dilihat pada hari Isnin sebelumnya.


KUALITI TSHIRT 

     Terutamanya Standard Tshirt (Rians, 4 Square, Immaculate) kadang-kadang akan berubah samaada menjadi nipis dari sebelumnya atau cutting tshirt tidak seperti yang sebelumnya. Selain dari itu turut terjadi jahitan yang tidak kukuh serta warna tshirt tidak seperti batch sebelumnya.

   Kes seperti ini terjadi kerana mereka tidak mempunyai prosedur Quality Check untuk produk keluaran mereka berbanding tshirt dari jenama yang lebih mahal dan berkualiti. Kami tidak mempunyai kuasa untuk mengawal keadaan ini daripada berlaku kerana kami bukanlah merupakan pengeluar tshirt tersebut sebaliknya kami hanyalah pencetak tshirt tersebut.

   Sekiranya perubahan kualiti tshirt terlampau ketara, maka kami akan mendapatkan rundingan dari pihak pembekal dan persefahaman daripada anda amatlah diperlukan dalam kes seperti ini.

   Penggunaan tshirt yang lebih mahal bukan kerana kami ingin mendapatkan untung yang lebih, sebaliknya itulah harga yang telah ditetapkan oleh pembekal yang perlu anda bayar untuk mendapatkan kualiti yang lebih baik.


KESILAPAN TERHADAP CETAKAN 

     Selalunya kami elakkan kerana ianya merugikan dari segi masa kami dan juga melibatkan tambahan kos untuk kami bekerja.

   Namun sekiranya berlaku juga kesilapan yang tidak dapat kami kesan, kami akan gantikan baju tersebut secara percuma dengan syarat anda hendaklah memaklumkan kepada kami dalam tempoh 72jam selepas tshirt sampai ditangan anda.

   Pastikan tshirt tersebut diperiksa oleh anda sendiri sebelum diserahkan kepada rakan anda ataupun pelanggan anda. Kami tidak menerima pengembalian tshirt sekiranya ianya telahpun berada di tangan selain dari tangan anda.

   Kelewatan anda memaklumkan kepada kami juga akan mengakibatkan anda dikenakan caj-caj tambahan untuk penggantian tshirt tersebut dibuat. Tshirt yang tersilap atau reject hendaklah dipulangkan kepada kami dan kos penghantaran akan diberikan kepada anda.

   Diulangi! bahawa kami tidak akan menggantikan tshirt yang sudah dijual atau diberikan kepada pelanggan anda.

Print Studio

Art Studio

CO - Branding