Design Percuma

15:17



Design Tshirt Percuma


    Tshirt tanpa design yang menarik ibarat sehelai kain kosong yang dibeli hanya untuk dibuat kain lap. Zaman sekarang pun banyak kain lap dihiasi dengan corak kotak, garisan dan tak lupa juga gambar-gambar kartun.

    Maaf jika terasa.. Dah jadi kewajipan Inkdye untuk menggalakkan anda dapatkan tshirt dengan design yang terbaik dicetak diatasnya supaya kami dapat meneruskan perniagaan sebagai pencetak tshirt. :)

    Tanggungjawab kami agar anda tidak perlu pening sekiranya tak pandai langsung bab design atau tiada idea dalam kerja design mendesign ni. Kami akan guide anda sehabis baik.

Blur Bab Design?

    Lumrahnya setiap individu mempunyai kemahiran tersendiri... ramai mekanik yang mahir tak pandai pun buka komputer. Begitu juga ramai designer yang tak pernah ambil tahu bab-bab enjin kereta mereka sendiri.

    Hakikatnya jika kita sedar siapa diri kita.. kerja seharian kita akan menjadi lebih senang dan lumrah manusia dihimpunkan untuk hidup dalam suatu komuniti yang mempunyai pelbgai peranan dan tugas masing-masing.

Anonymous Designer

   InkDye merupakan sebuah komuniti tertutup yang disertai oleh kebanyakan individu dari pelbagai kemahiran dan salah satu kemahirannya ialah 'mahir' dalam kerja-kerja mereka cipta atau dalam bahasa kampungnya designer.

   Para designer inilah akan melakukan segala kerja-kerja design yang terdapat dalam setiap hasil cetakan yang kami keluarkan.

Kos Percuma?

   Secara jelasnya setiap illustrasi yang dihasilkan oleh insan seni mempunyai sebuah nilai tertentu. Begitu juga design yang dihasilkan oleh designer kami. Dan setiap hasil mereka kami bayar dengan jumlah tertentu dengan jumlah minima rm100 untuk satu design. Malah ada yang mencecah hampir ribuan ringgit untuk design yang halus + sempurna yang memerlukan masa yang lama untuk disiapkan.

Jadi dari mana datangnya kos percuma?.

   Jawapannya ada pada diri anda sendiri...

   heheehe..

   Ok.. serius!.. memang kami berikan kos percuma untuk design kepada pelanggan tetapi dengan syarat jika hanya tshirt mereka dicetak oleh Inkdye.

    Secara jelasnya.. jika anda buat tempahan.. perkara pertama yang perlu ditunjukkan adalah design. Dari situ kami akan dapat buat kiraan kos berdasarkan berapa blok yang perlu diapakai, apa saiz blok yang perlu dan berapa tempoh masa kerja untuk proses cetakan nanti.

   Jika anda tidak mempunyai design dengan format yang betul untuk dihantar pada si pencetak. Inkdye akan membantu anda untuk menghasilkan design tersebut dengan rujukan gambaran dan idea daripada anda.

   Tetapi sebelum suatu design dihasilkan.. kami perlukan deposit dari anda berjumlah rm150 untuk diberikan kepada para designer yang dipilih untuk menrealisasikan idea anda menjadi sebuah design yang menarik.

3x Perubahan Percuma

   Setelah siap design oleh designer kami. Anda akan diberikan gambar design beserta mockup design tersebut diatas tshirt. Sebarang perubahan hendaklah dimaklum pada waktu itu. Hanya 3 kali perubahan secara percuma diberikan. Selebihnya anda perlu menambah kos untuk design tersebut.

Rebat RM150

   Apabila design telah dipersetujui oleh anda dan bersetuju untuk proses cetakan. Anda hanya perlu membayar baki jumlah keseluruhan harga tempahan setelah ditolak RM150 tadi.

   Cth:   Harga Tempahan :-
         100pcs tshirt
         1pcs = rm15
         100pcs = rm15 x 100
         1pcs = = rm1500


       Baki Tempahan :-
         Harga tempahan (rm1500) - rm150
         = rm 1350

   Sepeti kes diatas, baki jumlah tempahan adalah rm1350. Maka caj design rm150 tadi automatik akan jadi percuma dan anda hanya perlu bayar caj untuk kerja printing.

   Tetapi sekiranya anda bersetuju dengan design tetapi tidak meneruskan proses cetakan dalam tempoh 2 minggu selepas design dipersetujui.. maka rm150 tadi akan menjadi kos bagi design tersebut.. dalam bahasa kasarnya deposit rm150 tadi akan hangus.

Seni itu Indah

   Setiap hasil seni harus dihargai kerana ianya menjadi simbol kebebasan dan lambang ketamadunan suatu bangsa. Tiada istilah bayaran rendah atau percuma kami kenakan kepada designer Inkdye sebaliknya bayaran kos deisgn tersebut kami tebus balik menerusi keuntungan dari tempahan yang dibuat oleh anda.

   Cuma hanya jika tempahan tidak dapat diteruskan maka kami terpaksa kenakan balik kos design itu kepada anda menerusi deposit rm150 tadi.

   Harapnya anda menjadi lebih jelas dengan kos design melalui penerangan panjang lebar seperti diatas ini...



Sekian Terima Kasih

You Might Also Like

Print Studio

Art Studio

CO - Branding