Art Studio

Inkdye Art Studio



Tempat Permulaan
Persiapan & Design

Persiapan

   Inkdye Art Studio adalah tempat dimana kebanyakkan masa untuk kerja-kerja susunan job yang masuk dan penyediaan film dibuat.

Disini juga merupakan tempat dimana otak diperah untuk menghasilkan sesuatu design yang bukan sahaja perlu nampak menarik tetapi yang lebih penting ianya perlu sesuai dengan kehendak pelanggan.

Design

   Kebanyakkan dari pelanggan yang berurusan dengan Inkdye hanya memberikan design yang diambil sepenuhnya samaada dari gambar tshirt-tshirt lama atau dari gambar yang dijumpai dari sumber online seperti Google, Pinterest, Tumlblr dsb.

  Apabila terjadi keadaan seperti ini, pada asasnya sukar untuk Inkdye memproses sepenuhnya gambar tersebut untuk dijadikan sebuah artwork yang sesuai bagi menghasilkan filem yang baik. Filem yang sempurna sudah tentunya menjamin hasil printing yang berkualiti atas sebuah tshirt.

  Bagi menjamin hasil printing yang berkualiti, Inkdye akan memberikan cadangan kepada pelanggan untuk edit kembali gambar design yang diberi atau mengubah sepenuhnya agar design tersebut menjadi lebih sesuai dengan tujuan suatu tshirt itu dibuat.

  Inkdye mempunyai pengalaman dalam merekacipta pelbagai tema design yang boleh disesuaikan dengan tajuk atau tema untuk tujuan tshirt tersebut dibuat. Anda boleh hubungi kami untuk penerangan lanjut mengenai design yang diperlukan.

*Harga untuk kos design akan bermula dari serendah RM150 dan akan meningkat mengikut detail dan tempoh masa yang diperlukan untuk suatu design tersebut dihasilkan. Harga akan menjadi PERCUMA sekiranya tempahan printing dibuat dengan kami.

Print Studio

Art Studio

CO - Branding