Kelab Motor - Batu Gajah Racing Team

09:30



Tshirt Family Day


   Tempahan tshirt dari kelab motor Batu Gajah Racing Team ini dibuat pada awal 2013 masa inkdye baru bermula dalam cetak sutera saring. Pada masa ini hanya ilmu asas yang ada. Banyak defect yang terdapat dalam job ini namun tahun demi tahun kami pelajari bagaimana cara dan teknik yang betul untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Tshirt

   Tshirt yang digunakan dalam tempahan ini ialah dari jenama immaculate berwarna hitam. Atas sebab-sebab tertentu kami hentikan penggunaan tshirt dari jenama ini.

Design

   Logo asal diberikan oleh pelanggan dalam bentuk raster format .jpeg. Logo ini dilukis balik untuk dijadikan dalam bentuk vector. 5 warna terlibat dalam design ini iaitu unggu, merah, kuning,hijau dan putih.


Tshirt Family Day


Defect

   Jika dilihat logo dalam ruang kuning terdapat garisan halus. Disebabkan mesh yang agak kendur, garisan yang asalnya 3px menjadi 1px dan ada tempat yang hampir bercantum. Tekanan yang diberikan apabila sekuji ditolak akan mengakibat mesh turut mengikut arah gerakan sekuji. Jika mesh dalam keadaan tegang, anjakan mesh tersebut dapat diminimakan dan hasil akan menjadi lebih cantik.


Tshirt Family Day


Kejujuran

   Dalam setiap urus niaga yang paling penting adalah kejujuran dan bukannya nilai keuntungan atau kerugian. Seperti dalam tempahan ini saya memberi pilihan kepada pelanggan samada digantikan dengan tshirt hasil cetakan yang baru atau diberi diskaun dari harga asal.

Persetujuan

   Alhamdulillah pelanggan menerima hasil tersebut dengan harga yang dikurangkan dari harga asal. Menariknya selepas 3 tahun pelanggan yang sama masih menempah tshirt dari Inkdye pada setiap kali awal dan penghujung tahun tetapi kali ni mereka terima hasil cetakan yang lebih berkualiti dari tempahan pertama mereka 3 tahun yang lalu.

You Might Also Like

Print Studio

Art Studio

CO - Branding