Kelab Kereta Lama - Segamat Old Skool Scene

09:41



Tshirt Kelab Kereta Segamat Old Skool


   Tempahan tshirt dari kelab kereta Segamat Old Skool Scene - SOS. Kelab kereta SOS ini menghimpun penggemar-penggemar kereta lama yang menetap di daerah Segamat, Johor. Kelab ini aktif dalam menyertai pertandingan Auto Show yang diadakan sekitar negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. Beberapa pertandingan berjaya dimenangi oleh kelab ini dengan tempat pertama.

Tshirt

   Dalam tempahan ini, warna tshirt yang digunakan adalah Dark Melange dari jenama Foursquare.

Design

   Design asal adalah dari pelanggan sendiri. 3 warna cetakan dalam design ini iaitu merah,kuning dan putih.

Halftone Effect

   Apabila satu titik disusun rapat akan menhasilkan tona warna gelap dan jika disusun berjauhan akan menghasilkan tona warna terang. Asas penggunaan halftone adalah dengan manipulasi susunan titik-titik kecil tadi.

Api

   Asas warna api ialah merah dan kuning. Dalam cetakan ini kuning dijadikan sebagai lapisan pertama dan merah sebagai lapisan kedua. Manipulasi susunan titik dari dua warna tadi akan menghasilkan tona warna terang dan gelap untuk merah dan kuning. Ianya menjadikan rupa bentuk api dalam design cetakan ini lebih hidup.


Tshirt Kelab Kereta Segamat Old Skool

You Might Also Like

Print Studio

Art Studio

CO - Branding