Kelab Cycling - Trip Fraser To Cameron Highlands

03:06



Kelab Cycling - Trip Fraser To Cameron Highlands


   Tempahan tshirt ini dibuat oleh sebuah kelab cycling yang bertapak di Kuantan Pahang untuk trip berbasikal dari Bukit Fraser ke Cameron Highlands

Tshirt

   Tshirt dipilih dari jenama Gildan Premium (193C Safety Orange).

Kelab Cycling - Trip Fraser To Cameron Highlands



Design

   Design direka sendiri oleh ahli kelab.


Kelab Cycling - Trip Fraser To Cameron Highlands


Teknik Cetakan Embossed

   Dalam tempahan ini, Teknik Cetakan Embossed digunakan. Embossed dalam bahasa mudahnya menaikkan atau membangkitkan kesan ink yang dicetak. Tindak balas kimia antara embossed ink dengan haba serta tekanan yang dikenakan kepada ink akan mengakibatkan ink tersebut mengembang dan menghasilkan kesan timbul terhadap cetakan.


Kelab Cycling - Trip Fraser To Cameron Highlands


Kelebihan Embossed dalam Design

   Bila menggunakan teknik embossed ianya akan menyerlahkan kesan elemen yang ada dalam suatu design tersebut. Sebagai contoh rim basikal yang ada dalam design ini dapat diserlahkan lagi sebagai identiti yang mewakili kelab berbasikal dalam trip destinasi Fraser to Cameraon Highlands yang menjadi latar kepada design tersebut.


Kelab Cycling - Trip Fraser To Cameron Highlands


Tips Teknik Embossed

   Tips dalam menghasilkan teknik embossed yang tahan lama adalah menggunakan lapisan kedua dari ink biasa untuk menutupi lapisan pertama ink embossed tersebut. Fizikalnya ink embossed lebih bersifat rapuh seperti foam dan sifat rapuh terhadap cetakan dari embossed ink ini dapat dikuatkan dengan menggunakan lapisan kedua yang menggunakan ink biasa dan warna ink biasa ini dibancuh sama seperti warna ink embossed tersebut. Lapisan kedua ini sebaiknya dibuat dengan dua lapis cetakan.


100% Cotton

   Tidak semua jenis kain tshirt mampu menghasilkan kesan timbul yang baik setelah dikenakan kesan haba dan tekanan terhadap embossed ink. Seeloknya menggunakan kain tshirt yang dibuat dari cotton berbanding kain tshirt dari polyster.

Kelab Cycling - Trip Fraser To Cameron Highlands



You Might Also Like

Print Studio

Art Studio

CO - Branding