Lokasi Cetakan Tshirt

13:25

Lokasi Cetakan Tshirt - Inkdye


   Pemilihan tepat dimana artwork atau design yang dipilih akan dicetak samada dihadapan, di lengan atau dibelakang sebenarnya mempengaruhi rupa akhir tshirt tersebut.

   Sesetengah tshirt jadi lebih menarik jika design dicetak dalam size yang besar dan hampir memenuhi ruang depan tshirt dan sesetengah design pula akan menghasilkan tshirt lebih kelihatan eksklusif.

   Kesan jahitan juga selalunya memberi halangan sekiranya pelanggan meminta cetakan dibuat luar daripada tempahan yang biasa kami terima.

   Dalam kes seperti ini, kos akan mempengaruhi samada hasil tshirt tersebut dapat dibuat atau tidak kerana kebanyakkan permintaan tempahan seperti ini perlu dibuat diatas tshirt yang ditempah oleh tukang jahit atau dalam bahasa biasanya tshirt custom made.

Depan atau Belakang?

   Jika pelanggan yang datang hanya mempunyai budget yang minima dan pilihan tempahan terhad untuk satu side sahaja samada depan atau belakang. Seeloknya pelanggan dapatkan dahulu pandangan dari tukang cetak.

   Kerana tidak semua design sesuai dicetak dihadapan sahaja. Sebagai contoh design yang mengandungi maklumat kompeni seperti nama,alamat atau no telefon lebih sesuai dicetak dibahagian belakang berbanding dihadapan.

Lengan perlu atau tidak?

   Cetakan dibahagian lengan akan menghasilkan tshirt yang lebih menarik kerana ianya nampak padat dan lengkap.

   Namun had budget daripada pelanggan selalunya menyebabkan lokasi cetakan dilengan diabaikan. Sebenarnya kos untuk cetakan dilengan adalah murah jika anda berurusan dengan tukang cetak yang mempunyai kelengkapan yang lengkap.

   Sistem susun atur kerja cetakan mereka lebih terurus dan kos masa yang diperlukan untuk buat cetakan ini lebih sedikit dan faktor seperti ini mempengaruhi kos cetakan mereka yang lebih murah.

   Berbanding dengan tukang cetak yang tidak mempunyai kelengkapan yang lengkap. Mereka akan merasakan masa dan cara kerja untuk hasilkan cetakan dilengan lebih lama dan sukar. Maka sudah tentu kos yang mereka kenakan nanti lebih mahal berbanding yang sudah mempunyai sistem yang teratur untuk menerima cetakan seperti ini.

You Might Also Like

Print Studio

Art Studio

CO - Branding