Jenis Cetakan Tshirt

10:18

Inkdye Print Studio


   Setiap kali anda buat tempahan tshirt, pasti hasil yang diterima sama seperti yang sebelumnya?

   Tahukah anda bahawa ada lebih 10 jenis cetakan yang boleh dibuat dan 6 daripadanya selalu di tempah oleh pelanggan di InkDye dan ianya amat popular dikalangan pelanggan tetap kami.

   Kelainan setiap cetakan jika digabungkan dengan design yang bersesuaian, ianya dapat memberi kelebihan dari segi visual hasil cetakan agar lebih hidup.

6 Jenis Cetakan di InkDye.

   Inkdye Print Studio memberi lebih pilihan kepada pelanggan dari jenis-jenis cetakan dan jenis-jenis ink yang boleh memberi kelainan dari segi hasil cetakan daripada yang biasa kepada yang lebih Luar-Biasa.

   Berpengalaman lebih dari 4 tahun dalam mempelajari dan menguji setiap hasil-hasil cetakan, kami yakin dengan teknik dan kaedah yang betul, setiap cetakan akan bertahan lebih lama walaupun mempunyai kesan-kesan khas dalam setiap pilihan anda.

*Dibawah disertakan contoh dan penerangan setiap jenis cetakan yang boleh dijadikan pilihan anda.



Jenis cetakan Tshirt - Spot

Spot Colour

   Jenis cetakan Spot Colour merupakan jenis cetakan yang biasa dilihat dalam setiap tshirt yang dicetak diluar sana. Ini kerana jenis ini lebih mudah untuk dihasilkan.

   Namun di Inkdye Print Studio, kami sentiasa memberi kelainan dari segi bancuhan ink yang tersendiri untuk memberi hasil cetakan yang lebih lembut dan lebih detail dari segi ketajaman setiap lengkok dan garisan yang ada dalam artwork tersebut.

   Dari segi penggunaan Artwork, kami selalunya memberi sedikit kelainan dengan memberi penambahan teknik-teknik tertentu dalam Artwork asal yang diberikan oleh pelanggan kami.

   Cadangan dan penambahbaikkan ini diberikan secara percuma tanpa caj tambahan demi kepuasan pelanggan kami.


Jenis cetakan Tshirt - Embossed

Embossed

   Jenis cetakan Embossed merupakan antara yang paling diminati oleh pelanggan kami. Ada juga yang ragu-ragu dengan ketahanan cetakan jenis ini kerana pengalaman dengan tempahan daripada printer lain sebelum ini.

   Di Inkdye Print Studio, kami menggunakan teknik tersendiri serta bancuhan ink yang istimewa bagi menambah kualiti dari segi ketahanan dan hasil cetakan untuk Embossed Ink.

   Kebanyakkan pelanggan kami yang telah membuat tempahan jenis cetakan ini selalunya akan re-print kembali kerana menerima tambahan order terhadap tshirt tempahan mereka.


Jenis cetakan Tshirt - Foil

Foil

   Jenis cetakan Foil merupakan antara yang paling sukar dan melibatkan kos yang lebih banyak dari segi material dan masa demi menghasilkan cetakan Foil yang tahan lama.

   Ini kerana penggunaan material harus betul mengikut ketebalan tshirt, keluasan Artwork dan masa harus tepat dalam setiap peringkat untuk Foil Printing.

   Perubahan Artwork juga selalunya akan dibuat jika memilih jenis cetakan seperti ini. Kebiasaannya Artwork seharusnya tidak mempunyai ruang spot yang besar kerana Foil biasanya lebih tahan jika Artwork dibuat dalam detail-detail yang lebih kecil tetapi boleh merangkumi keseluruhan Artwork.

   Biasanya kami akan memberi cadanngan kepada pelanggan bagaimana penambahbaikkan boleh dibuat dalam Artwork yang diberikan oleh mereka untuk jenis cetakan ini.


Jenis Cetakan Tshirt - Discharged

Discharged

  Diantara pelbagai jenis cetakan yang jarang dilihat tetapi mempunyai hasil yang amat lembut. Ini kerana Discharged Ink akan menyerap masuk kedalam benang tshirt dan mengeluarkan warna dye asal tshirt.

   Tempoh masa yang lebih lama diperlukan dalam jenis cetakan ini.Test-print perlu dibuat dalam cetakan Discharged bagi jenis jenama tshirt yang berlainan seperti yang kita maklum, lain jenama menggunakan berlainan jenis dye dan material cotton serta finishing yang tersendiri.

   Dan setiap test-print akan disahkan dulu oleh pelanggan mengikut hasil warna yang dikehendaki sebelum proses cetakan jumlah tempahan sebenar dilakukan.


Jenis cetakan Tshirt - Gold

Gold

   Jenis cetakan yang popular dan mempunyai nilai yang ekslusif. Hasil yang lebih cantik jika dicetak diatas tshirt warna hitam. Kos harga bagi ink jenis ini juga merupakan antara yang termahal berbanding jenis ink yang lain.

   Warna Gold juga mempunyai beberapa pilihan seperti Shiny Gold, Mirror Gold dan ada juga yang seakan-akan warna gangsa. Warna Silver juga termasuk dalam kategori ini.

   Terdapat juga jenis ink Gold yang lebih likat dan juga lebih lembut dan penggunaannya berdasarkan kesesuaian terhadap Artwork yang hendak dicetak.


Jenis cetakan Tshirt - CMYK

Cmyk/Simulated Process

   Jenis cetakan yang paling Popular tetapi paling sedikit permintaannya. Ini kerana kos yang tinggi diperlukan dan kurang sesuai jika tempahan hanya sekitar 30-50 pcs kebawah. Jenis ink yang digunakan juga dari harga yang tinggi jika inginkan kualiti hasil cetakan yang lebih menyerlah dan tahan lama.

   Warna yang terlibat dalam jenis cetakan ini bergantung kepada bajet yang boleh dikeluarkan oleh pelanggan.

   Jika pelanggan mempunyai bajet yang lebih tinggi, penggunaan warna yang lebih banyak boleh digunakan dan akan menaikkan lagi detail dari segi tone warna agar menyerupai hasil asal Artwork yang diberikan.

   Artwork yang mempunyai tone warna berlainan yang mungkin melebihi dari 5 spot warna sesuai dengan jenis cetakan seperti ini. Test-print juga diperlukan untuk jenis cetakan seperti ini.

*Setiap jenis cetakan mempunyai harga yang berlainan kerana kos jenis ink yang berbeza dan juga kos masa dari segi teknik yang berbeza antara satu-sama lain.

*Untuk penerangan lebih lanjut mengenai harga dan jenis cetakan, anda boleh hubungi kami melalui no tel dan email seperti dibawah:-


Call/Whatsapp
017.7059252

Email
inkdyetshirt@gmail.com

You Might Also Like

Print Studio

Art Studio

CO - Branding