Kelab Pancing - KUG - Kelab Udang Galah

10:21



DHOP-Outdoor-Event-Organiser


   Tempahan tshirt ini dibuat oleh sebuah kelab memancing udang galah yang mempunyai ramai ahli sekitar Malaysia. Tshirt ini dijadikan sebagai tshirt rasmi bagi kelab tersebut.

Tshirt

   Tshirt dipilih dari jenama Gildan Ultra warna hitam.

Design

   Menariknya design ini ditempah khas dengan designer dari Indonesia. Udang Galah dengan lukisan tangan yang dipadankan dengan warna hijau dan putih.


DHOP-Outdoor-Event-Organiser


Teknik Cetakan Discharge

   Dalam tempahan ini, teknik discharge digunakan. Discharge dalam bahasa mudah menyahkan warna asal tshirt dan diganti dengan warna baru. Tindak balas kimia antara agent dan paste discharge menghilangkan warna dye baju diganti dengan warna pigment yang baru.


DHOP-Outdoor-Event-Organiser



Kelebihan Discharge

   Bila menggunakan teknik discharge, warna baru akan terus meresap masuk ke dalam benang. Tidak seperti ink rubber atau plastisol yang menjadi lapisan baru dan menutupi benang t shirt. Dengan teknik discharge ianya akan memberikan pengaliran udara yang baik diantara tshirt dan kulit badan si pemakai.


DHOP-Outdoor-Event-Organiser


Kekurangan Discharge

   Apabila bancuhan diantara agent dan paste discharge dibuat, ink tersebut akan bertahan selama 8 jam bergantung pada cara simpanan pencetak. Lebihan ink yang dibancuh akan dibuang setelah selesai proses mencetak. Wap yang keluar dari tindak balas kimia dalam proses ini boleh memudaratkan pernafasan pencetak sekiranya tempat mencetak tiada sistem pengaliran udara yang baik.


DHOP-Outdoor-Event-Organiser


100% Cotton

   Tidak semua jenis kain tshirt mampu menghasilkan warna yang baik setelah dicetak kerana tindak balas kimia antara agent dan paste discharge hanya berkesan keatas kain dari jenis kapas sahaja. Tshirt campuran dari kain kapas dan polyster akan menghasilkan kesan cetakan dengan warna yang pudar.


DHOP-Outdoor-Event-Organiser

You Might Also Like

Print Studio

Art Studio

CO - Branding